Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 SEPTEMBER 2023 - Satu mesyuarat telah dilaksanakan bagi membuat persediaan program sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Bahagian Bintulu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu di NAIM, Street Mall, Bintulu, Rabu lalu.
Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah lebih kepada perancangan perjalanan aktiviti yang bakal diadakan antaranya seperti 10km run, Muay Thai Premier Cup, autoshow&gathering, aerobathon dan banyak lagi.
Pihak pejabat merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan semua pihak dalam memastikan perjalanan program kali ini berjalan dengan jayanya.
- JBS Sarawak
- Hits: 243
