Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 20 September 2023 – Satu Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong Bil. 4/2023 Tahun 2023 telah diadakan hari ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt. Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong. Agenda Mesyuarat adalah pembentangan laporan dan maklumbalas daripada setiap unit berhubungpengurusan pejabat iaitu pentadbiran dan kewangan, program pembangunan sukan, belia dan rakan muda yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan nanti. Sebelum mengakhiri mesyuarat, Pengerusi menekankan semoga pegawai dan kakitangan pejabat ini sentiasa mematuhi etika kerja semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan serta saling bekerjasama antara satu sama lain.
#MalaysiaMadani
#pbsbBetong
- JBS Sarawak
- Hits: 190
