Disediakan oleh: Martin Sherman, JBSN Sarawak
KAPIT, 21 September 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menerima kunjungan dari Pegawai Pemeriksa Aset Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak iaitu En. Abu Zaid Abu Bakar pada hari ini. Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk memastikan aset kerajaan diguna dan disusun dengan teratur. Sesi pemeriksaan berlangsung dengan lancar dan dengan beberapa teguran yang perlu untuk penambahbaikan untuk penjagaan aset dengan lebih selamat dan teratur serta berada di lokasi penempatan.
En. Abu Zaid telah melaksanakan Pemeriksaan Aset pada tahun ini di semua pejabat di Zon Utara dan Zon Tengah iaitu meliputi PBS Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu dan Kapit. Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Abu Zaid di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pemeriksaan.
- JBS Sarawak
- Hits: 128
