Disediakan oleh: Zuel, JBSN SARAWAK
BINTULU, 26 Jun 2023 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Kigen anak Satong telah menghadiri jemputan sebagai salah seorang penceramah bagi Program Putra Bakti “Rising Star 2023” pada Ahad yang lepas. Program yang bertempat di TEGAS Digital Innovation Hub, Bintulu ini telah dianjurkan dengan jaya selama dua hari bermula daripada 24 hingga 25 Jun oleh pihak Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu yang mana turut melibatkan beberapa orang pencaramah daripada beberapa agensi.
“YOU ARE YOUR OWN LEADER” merupakan salah satu topik dalam mencapai objektif program ini. Antara inti pati hala tuju program adalah memberi pendedahan berkenaan motivasi dan meningkatkan jati diri peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan institusi di Bintulu, mengasah potensi diri peserta serta memberi bimbingan dalam penguasaan kemahiran insaniah. Melalui program ini juga dapat memantapkan prestasi belia tempatan dalam bidang akademik dan sahsiah serta mendedahkan belia kepada kepentingan kesihatan mental.
- JBS Sarawak
- Hits: 128
