- JBS Sarawak
- Hits: 133
TAKLIMAT PENGURUS BAHAGIAN MIRI KE LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2023
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 21 SEPTEMBER 2023 – Pada 18 September 2023, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi taklimat bersama semua pengurus-pengurus pasukan bola jaring, sepak takraw dan futsal yang akan mewakili Bahagian Miri ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2023.
Sesi taklimat tersebut telah dikendalikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri. Sesi taklimat tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas penyertaan, pendaftaran pasukan, dan aturcara pentadbiran sebagai langkah persiapan semua pasukan ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2023 yang akan diadakan pada 30 September hingga 1 Oktober 2023 di Arena Sukan Simpang Tiga, Kuching.
- JBS Sarawak
- Hits: 133
