- JBS Sarawak
- Hits: 149
DOUBLE 99 CHAINBLOCK UNGGULI PERTANDINGAN TARIK TALI TERTUTUP LIMBANG DAN LAWAS
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 18 SEPTEMBER 2023 – Hujung minggu lalu telah diadakan pertandingan tarik tali tertutup Limbang dan Lawas yang bertempat di komplek Sukan Limbang, Limbang. Program anjuran Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang(PTTBL) dengan kerjasama Saberkas cawangan Bukit Kota ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan tradisional di bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Bin Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan,Komoditi, Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N79 Bukit Kota. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Kesinambungan dari Kejohanan Tarik tali kali ini akan ada satu lagi kejohanan iaitu Kejohanan Tarik tali antarabangsa terbuka Limbang 2023 pada bulan November akan datang.
Encik Rynnille Elsther Peter, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir memberi sokongan kepada program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh Esukan di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Daerah Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 149
