Disediakan oleh : ZK,JBSN Sarawak
KUCHING, 16 SEPTEMBER 2023 – Kunjungan hormat YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk melihat sendiri perjalanan program KLAS Renang Fasa 2 Siri 1 yang dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching dengan kerjasama Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM).
Kehadiran beliau turut diiringi oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Mohd Azhari Mohammad Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Malaysia dan Encik Lamat Nyalau Pengarah JBS Negeri Sarawak.
Seramai 40 orang kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun terlibat dalam KLAS ini yang diadakan setiap hujung minggu bermula 16 September 2023 hingga 14 Oktober 2023.
#MalaysiaMadani
#teampbsbkuching
- JBS Sarawak
- Hits: 197
