- JBS Sarawak
- Hits: 134
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT BAHAGIAN BETONG
PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) PERINGKAT BAHAGIAN BETONG
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 30 OGOS 2023 - Program Intervensi sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Bahagian Betong telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2023 bertempat di Dewan Tandang Sari, SMK Pusa. Program ini telah diadakan dengan kerjasama PBSB Betong, Kelab Belia Kampung Pusa dan SMK Pusa. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah kesihatan bertajuk Hidup Bahagia Tanpa Dadah yang disampaikan oleh Encik Syahrul Azizie bin Kamis, Penolong Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Pusa serta persembahan sketsa dari pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Pusa.
Dianggarkan seramai lebih 115 orang pelajar sekolah telah menyertai program ini. Hadir sama program tersebut adalah Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Pusa, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Kelab Belia Kampung Pusa serta guru yang terlibat. Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga para peserta mendapat segala manfaat dan kesedaran melalui ceramah yang telah disampaikan.
- JBS Sarawak
- Hits: 134
