- JBS Sarawak
- Hits: 153
PBSB SIBU TURUT BERSAMA MENJAYAKAN PELAKSANAAN INISIATIF AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) BAHAGIAN SIBU
Disediakan Oleh: NFK, JBSN Sarawak
22 Ogos 2023 - Taklimat Pelaksanaan Inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat(ANMS) & Keterlibatan oleh Rakan Strategik dalam menjayakan ANMS Bahagian Sibu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sibu oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.T aklimat pelaksanaan ini telah disampaikan oleh Pn. Teh Rafidah binti Kipli, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan menerangkan secara terperinci berkaitan 4 teras utama Program ANMS ini yang turut merangkumi 10 strategi dan 24 inisiatif untuk mencapai pembudayaan hidup sihat dan meningkatkan kesejahteraan kesihatan dalam komuniti sejagat disamping untuk memperkasakan komuniti dalam kawalan dan kesedaran kesihatan kendiri.
Sebanyak 20 rakan strategik yang terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu yang diwakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, telah menghadiri taklimat kali ini bagi berkongsi agenda dalam menjayakan ANMS Bahagian Sibu.
- JBS Sarawak
- Hits: 153
