- JBS Sarawak
- Hits: 146
GOLONGAN BELIA PERLU DIDEDAHKAN TENTANG PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL YANG KOMPREHENSIF DEMI KESEJAHTERAAN SOSIAL, SEPANJANG HAYAT
LIMBANG, 15 OGOS 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) komited untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada golongan belia bagi memperkasakan pembangunan belia setempat. Sebagai salah satu pendekatan bagi usaha tersebut, pihak PBSB Limbang telah mengadakan satu kunjungan ke PERKESO Cawangan Limbang.
Dalam kunjungan tersebut Encik Rynnille Elsther Peter, wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan pihak PERKESO Limbang dalam pelaksanaan pelbagai program anjuran pejabat. Bagi program yang terdekat, Encik Rynnille telah menjemput pihak PERKESO untuk menyampaikan taklimat dan turut serta dalam Pameran sempena Jelajah Genta Belia Peringkat Bahagian Limbang 2023. Antara perkara yang ditekankan adalah untuk mempromosikan kesedaran perlindungan keselamatan sosial dan pengurusan risiko yang baik menerusi program pencegahan, keselamatan dan pemulihan yang berimpak tinggi kepada semua golongan Masyarakat. Perkara ini adalah selari dengan objektif Jelajah Genta Belia untuk menyediakan platform perkongsian ilmu berkaitan pemerkasaan ekonomi, keusahawanan dan juga peluang pekerjaan.
Di akhir kunjungan, Puan Siti Saharah Tair, Pengurus PERKESO Limbang telah merakamkan terima kasih kepada pihak PBSB Limbang atas kunjungan yang dilakukan. Beliau turut menyatakan bahawa pihak PERKESO Limbang amat berbesar hati untuk sama-sama berkolaborasi dalam menjayakan pelbagai program di masa hadapan.
- JBS Sarawak
- Hits: 146
