Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 7 OGOS 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menyertai pameran bagi mempromosi program Rakan Muda bersempena dengan Karnival Kesihatan Komuniti Sibuti pada 6 Ogos 2023 di Dewan Masyarakat Bekenu.
Sempena Karnival Kesihatan Bekenu yang bertemakan Maitah Bedundun Sihat Di Sibuti, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri turut menjemput agensi-agensi lain selain agensi di bawah Kementerian Kesihatan untuk memberi taklimat, konsultansi dan pameran untuk warga Sibuti. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap ahli Parlimen P218 Sibuti.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri di atas jemputan untuk menyertai pameran bagi mempromosi program jabatan.
- JBS Sarawak
- Hits: 107
