- JBS Sarawak
- Hits: 145
PEMANTAUAN PENGENDALIAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN & PENGURUSAN SISTEM STOR KERAJAAN PBSB MUKAH
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 9 OGOS 2023 – Puan Pamela Connie Anak Eddie Saga, dari Unit Pentadbiran di Ibu Pejabat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 9 Ogos 2023 bagi tujuan pemantauan tatacara pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor kerajaan di pejabat.
Pemantauan ini bertujuan membantu kakitangan di pejabat untuk mempelajari proses pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor kerajaan dengan lebih baik. Selain itu, beliau turut memberi latihan sebenar beserta penerangan secara terperinci berhubung tatacara penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset kepada pegawai yang terlibat. Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili kesemua kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 145
