- JBS Sarawak
- Hits: 191
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JELAJAH GENTA BELIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2023
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 28 JULAI 2023- Mesyuarat Penyelarasan Program Jelajah Genta Belia Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan di Pasaraya Swan Square, Sibu yang melibatkan lebih 15 agensi yang akan bekerjasama menjayakan program tersebut. Program Jelajah Genta Belia Peringkat Bahagian Sibu ini bertujuan menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi. Program ini akan diadakan pada 12 Ogos 2023 bertempat di Pasaraya Swan Square, Sibu.
Diantara pengisian program Aerobathon, Car Boot Sale, Autoshow, Youth Talent, Pertandingan Tarian Rampaian ( tradisional), Pertandingan mewarna kanak- kanak, ibu bapa dan guru- guru, Demontrasi kain songket Sarawak, jualan usahawan muda dan pelbagai lagi acara menarik akan dilaksanakan.
Mesyuarat Jelajah Genta Belia Peringkat Bahagian Sibu telah dipengerusikan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
- JBS Sarawak
- Hits: 191
