KELAB BOLA SEPAK KAMPUNG BUNGIN, BETONG BAKAL BERTAPAK
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 24 JULAI 2023 – Kunjungan Encik Awang Mohammad Khairulhakimi dari Kampung Bungin, Betong ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong pada 18 Julai 2023 yang lepas membuka satu lagi lembaran baru dalam merancakkan sukan bola sepak di bahagian Betong terutama di Kampung Bungin. Kehadiran beliau adalah untuk berbincang, memohon pandangan dan nasihat serta cara-cara pendaftaran kelab. Puan Noorlina Bt. Mirais telah membantu menerangkan secara terperinci kaedah pendaftaran kelab yang dilakukan secara atas talian sepenuhnya. Beliau juga memaklumkan bahawa belia di Kampung Bungin telah memberi sokongan penuh untuk menubuhkan kelab bola sepak sebagai satu platform untuk mereka berpesatuan dan menyertai mana-mana pertandingan bola sepak nanti. Semoga dengan tertubuhnya kelab bola sepak mereka nanti, dapat menyemarakkan lagi aktiviti sukan di bahagian Betong selain mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.
- JBS Sarawak
- Hits: 172
