- JBS Sarawak
- Hits: 254
PEMANTAUAN TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN PENGURUSAN STOR KERAJAAN DI PBSB BETONG
Disediakan Oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 14 JULAI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kehadiran Puan Pamela Connie ak Eddie Saga, Pembantu Tadbir dari ibu pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak semalam sempena kunjungan kerja beliau. Kunjungan tersebut adalah untuk melakukan Pemantauan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor Kerajaan di pejabat ini. Beliau juga berkesempatan memberi latihan sebenar beserta penerangan secara terperinci berhubung tatacara penggunaan sistem di Sistem Pemantauan Pengurusan Aset.
Pemantauan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor Kerajaan di pejabat ini merupakan salah satu ikhtiar yang dijalankan oleh pihak jabatan bagi membantu kakitangan di pejabat ini untuk mempelajari dan mendalami proses pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor kerajaan dengan lebih efisyen. Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan beliau dan sesi pembelajaran yang diadakan.
- JBS Sarawak
- Hits: 254
