- JBS Sarawak
- Hits: 222
KUNJUNGAN BERSAMA KESURES POLITEKNIK MUKAH KE PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT N.57 TELLIAN
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 7 JULAI 2023 – Encik Mohammad Arbi Bin Rosli mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Mohd Fadzli Ahmad, Presiden KESURES Politeknik Mukah telah berkunjung ke pejabat Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine ADUN N.57 Tellian pada 6 Julai 2023. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Rosyton Bin Valentine mengenai perkembangan dan persediaan Program Fun Ride Sempena Hari Sarawak 2023 yang akan diadakan pada 29 Julai 2023 di Kala Dana, Mukah.
Selain itu, turut dibincangkan dalam pertemuan ringkas tersebut ialah cadangan untuk bekerjasama dengan pejabat Yang Berhormat untuk mengadakan bengkel pengurusan dokumentasi kelab atau persatuan belia dan sukan di Mukah. Cadangan daripada Tuan Royston tersebut bagi memantapkan pengurusan kelab atau persatuan yang telah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia serta mengemaskini Maklumat Yang Kena Beri (MYKB).
- JBS Sarawak
- Hits: 222
