- JBS Sarawak
- Hits: 170
MAJLIS NGILING BIDAI SERIKAN MAJLIS ULANG TAHUN KE-61 PERSEKUTUAN PERKUMPULAN WANITA SARAWAK (PPWS)
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 12 JULAI 2023 – Majlis ngiling bidai telah berlangsung pada 9 Julai 2023 bersempena penutup Hari Gawai menandakan berakhirnya perayaan gawai/dayak bagi tahun 2023. Bagi jawatankuasa induk ulang tahun ke-61 Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), mengambil bahagian didalam majlis ngiling bidai ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim dikalangan semua ahli. Majlis yang berlangsung di Rumah Siad Melaban Lubai, Limbang Sarawak sangat meriah dengan acara yang cukup gilang gemilang.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Aishah Edris, Pengerusi Negeri Persukutuan Perkumpulan wanita Sarawak (PPWS) ini diserikan lagi dengan beberapa aktiviti seperti Persembahan pakaian cantik/Kumang PPWS, persembahan Bertaboh, acara ‘Ngerebah ke Ranyai’ dan cabutan nama bertuah.
Encik Encik Rynnille Elsther Peter, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir dan mengambil peluang beramah mesra dengan pelbagai kaum dan menyantuni program tersebut. Di akhir acara, Yang Yang Berusaha Puan Hajah Aishah Edris menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Semoga program yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak khususnya di Daerah Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 170
