KUNJUNGAN KELAB BELIA PEKAN DEBAK KE PBSB BETONG
Disediakan Oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 11 JULAI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan daripada 3 orang ahli dari Kelab Belia Pekan Debak semalam. Kunjungan tersebut yang diwakili oleh Pengerusi, Saudara Abang Mohd Amirul Afaeq bin Dahlan, Timbalan Setiausaha, Saudara Mohamad Khuril Fadalie bin Shurdy serta seorang lagi ahli kelab. Semasa sesi kunjungan, pengerusi kelab yang juga merupakan Jurulatih Rekreasi telah memaklumkan peranan dan halatuju kelab serta beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh penubuhan. Kelab Belia Pekan Debak telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia pada 6 Mei 2019 dan aktif dalam melakukan aktiviti belia bersama agensi kerajaan, swasta, NGO’s dan komuniti setempat. Kunjungan ke pejabat semalam adalah untuk membincangkan program dan aktiviti belia yang akan dilaksanakan bersama di masa akan datang dan diharap kerjasama dapat diteruskan untuk pembangunan belia di Daerah Debak amnya.
- JBS Sarawak
- Hits: 195
