- JBS Sarawak
- Hits: 224
NAZRIN FT MENJUARAI STREET SOCCER SARAWAK XTIVE BAHAGIAN SARIKEI SEMPENA SARAWAK 60 TAHUN MERDEKA
Disediakan oleh : Terence Tan, JBSN Sarawak
SARIKEI, 25 JUN 2023 – Street Soccer Sarawak Xtive Bahagian Sarikei telah berlangsung selama dua dua hari di Perkarangan Parkir Kereta, Dewan Suarah Sarikei pada 24 dan 25 Jun 2023.
Pertandingan ini adalah anjuran bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Bahagian Sarikei, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Kelab Sukan Rekreasi Kampung Selalang dan ianya disertai oleh 27 pasukan majoritinya belia di sekitar Bahagian Sarikei.
Semua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dalam menjayakan pertandingan ini dan gelaran juara telah dirangkul oleh Nazrin FT, diikuti Kerugak FT naib juara, dan tempat ketiga dimenangi oleh Afrima Team A dan tempat keempat ADA Junior.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Street Soccer Xtive di sempurnakan oleh YBrs. Encik Adib Zulhusini Bin Alet, Pegawai Belia dan Sukan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sarawak, diiringi oleh Encik Johnny Bin Patric Ugak, Pegawai Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Bahagian Sarikei, Encik Terence Tan, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Encik Syawalludin Bin Alwi, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Kampung Selalang.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan tahniah dan syabas kepada semua pemenang.
- JBS Sarawak
- Hits: 224
