Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 7 JUNE 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penganjuran Pesta Gedong BIL.3/2023 telah diadakan di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Gedong secara bersemuka pada 7 June 2023 jam 9:30 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Khalid bin Manap , Pegawai Daerah Gedong serta dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan, NGO’S dan Ketua Masyarakat Setempat.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perincian aktiviti dan program sempena Pesta Gedong yang akan diadakan pada 28-30 Julai 2023 bertempat di Dataran Pekan Gedong. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan diamanahkan untuk melaksanakan aktiviti Mr. Badang Gedong dan Mr. Body Fitness Gedong bagi memeriahkan sambutan pesta Tersebut. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Encik Abu Bin Amir dan Encik Mark Leroy dari Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
- JBS Sarawak
- Hits: 199
