Disediakan oleh: Olivia Kaminis, JBSN Sarawak
KAPIT, 20 JUN 2023 – Pembabitan wanita dalam bidang sukan terutamanya dalam sukan rekreasi dan kecergasan harus diberi sokongan dan dipertingkatkan lagi demi menarik perhatian komuniti terutamanya golongan wanita. Faktor penglibatan wanita adalah untuk mereka mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan satu aktiviti yang boleh mengisi masa lapang mereka bersama- sama dengan rakan- rakan wanita yang lain.
Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Zaristhy Anak Jimbun dan Puan Ayong Anak Buyou pada minggu lalu yang berhasrat untuk menubuhkan Kelab Kecergasan ANNKE Nanga Sut bagi menggalakkan golongan wanita di kawasan rumah panjang untuk aktif di dalam bidang kecergasan agar kekal sihat dan aktif. Dalam sesi tersebut, Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah memberikan penerangan tentang tatacara penubuhan dan pendaftaran kelab sukan melalui sistem e-rosa.
Pihak pejabat sentiasa mengalu-alukan mana-mana individu atau kumpulan wanita yang berminat untuk mendaftarkan kelab atau persatuan kecergasan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
- JBS Sarawak
- Hits: 166
