Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 31 MEI 2023 – Tahniah diucapkan kepada pemenang-Pemenang Bintulu Esport Championship 2023 X Culture bagi pertandingan PUBG Mobile dan Mobile Legend Bang Bang.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Oleh Tuan Nyurak Keti, Residen Bintulu turut hadir dalam penyampaian hadiah tersebut Yb Johnny Pang Leong Ming Dun N68 Tanjong Batu di Boulevard Mall Bintulu, Ahad lepas.
Hadiah bagi juara pertandingan PUBG Mobile dan Mobile Legend Bang Bang masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 15,000 berserta piala dan medal. Program yang julung kali diadakan di Bintulu seperti ini mendapat sambutan yang luar biasa bukan saja daripada masyarakat tempatan malah meraih sambutan daripada negeri Sabah, Selangor, Melaka dan banyak lagi.
Program seperti ini wajar diteruskan di masa akan datang kerana selain mengadakan program berbentuk pertandingan ianya dapat menjalinkan hubungan perpaduan yang harmoni antara negeri yang lain.
- JBS Sarawak
- Hits: 276
