- JBS Sarawak
- Hits: 131
AYUH TURUT SERTA DALAM AKTIVITI SENAMROBIK MEGA SARAWAK X-TIVE PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2023
Disediakan oleh : Steph.W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 19 MEI 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak (MYSED) untuk bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti Senamrobik Mega Sarawak X-tive Peringkat Bahagian Miri 2023.
Semalam, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri telah mengadakan sesi perbincangan bersama Puan Zurainah (Zin Rynna) dari Kelab Kecergasan Evolution Permyjaya merangkap pasukan teknikal yang akan mengendalikan aktiviti senamrobik tersebut. Aktiviti tersebut dijadualkan pada 10 Jun 2023, jam 7.00 pagi bertempat di perkarangan Stadium Bandaraya Miri. Antara kategori yang dipertandingkan ialah pasukan paling energetic, pasukan teramai, pasukan paling seragam, kategori peserta individu terbaik lelaki dan wanita. Selain itu, terdapat hadiah cabutan bertuah disediakan kepada peserta yang hadir pada hari tersebut.
PBSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak (MYSED) kerana memberi kepercayaan untuk bekerjasama dalam program Sarawak X-tive Peringkat Bahagian Miri 2023. Pihak jabatan juga menyeru agar penggiat kecergasan dan masyarakat di Miri untuk turut serta dalam aktiviti sihat ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 131
