Disediakan oleh : Steph.W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 15 MEI 2023 – Pada 11 Mei 2023, aktiviti Ambang Hari Belia 2023 Peringkat Daerah Marudi telah dilaksanakan di SMK Marudi. Seramai 161 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar berumur 15 hingga 30 tahun telah menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Persatuan Belia Miri, rakan kerjasama program tersebut.
Aktiviti bermula pada jam 3.00 petang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, pembacaan ikrar Hari Belia Negara, sesi ceramah dan diakhiri dengan aktiviti senamrobik. Persatuan Belia Miri juga turut menyumbangkan peralatan sukan kepada pihak SMK Marudi pada hari tersebut. Antara yang hadir ke program tersebut ialah Encik Roley anak Lagir (Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri), Encik Ngali anak Sa (Penolong Kanan 1 SMK Marudi), Puan Saidatul Saadiah binti Hassan (Pejabat Pendidikan Daerah Baram), dan Encik Muhammad Aiman bin Muhammad Imran Collin (Persatuan Belia Miri).
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SMK Marudi di atas pelaksanaan aktiviti Ambang Hari Belia Negara 2023 Peringkat Daerah Marudi dengan jayanya.
- JBS Sarawak
- Hits: 156
