- JBS Sarawak
- Hits: 184
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SEBAGAI PLATFORM UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM DAN MEMPERKUKUH PERPADUAN
Disediakan oleh: Aimy Alisha Charlie, JBSN Sarawak
LIMBANG, 9 MEI 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan satu majlis ringkas Ramah Tamah Aidilfitri pada 8 Mei 2023 bertempat di PBSB Limbang, Wisma Persekutuan Limbang.
Walaupun majlis tersebut dijalankan secara ringkas, diharapkan agar majlis tersebut berjaya mengeratkan ikatan silaturahim serta mencambah perpaduan antara PBSB Limbang bersama agensi luar dan juga persatuan belia dan sukan. Ini juga sebagai salah satu apresiasi untuk menyantuni pelbagai pihak yang telah banyak membantu PBSB Limbang dalam pelaksanaan program pembangunan belia mahupun pembangunan sukan.
Encik Rynnille Elsther Peter, mewakili Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Limbang mengucap terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir memeriahkan majlis tersebut dan turut berharap agar aktiviti seumpama ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.
- JBS Sarawak
- Hits: 184
