- JBS Sarawak
- Hits: 144
BAHAGIAN MIRI BERSIAP SEDIA UNTUK PROGRAM AMBANG HARI BELIA NEGARA TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH
Disediakan oleh : Steph.W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 20 APRIL 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi perbincangan persiapan program Ambang Hari Belia Negara tahun 2023 bersama Persatuan Belia Miri yang diwakili oleh Encik Matassan bin Rohani dan Encik Muhammad Aiman di bilik perbincangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri, semalam.
Dalam perbincangan tersebut, PBSB Miri dan Persatuan Belia Miri telah merangka jadual aktiviti yang akan dilaksanakan di daerah Miri, Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi. Untuk pelaksanaan program Ambang Hari Belia di semua daerah yang terlibat, PBSB Miri dan Persatuan Belia Miri akan bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah yang terpilih di mana ianya akan melibatkan penyertaan guru-guru dan pelajar-pelajar berumur 15 hingga 30 tahun. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah bacaan ikrar belia, taklimat sambutan Hari Belia Negara, taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Juh Beloyar Bersama Sukarelawan dan senamrobik.
PBSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Belia Miri dan Pejabat Pendidikan Daerah di atas sokongan dan kerjasama dalam memastikan program Ambang Hari Belia Negara tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
- JBS Sarawak
- Hits: 144
