Kuching – 10 Mei 2023, Seramai 22 orang pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak telah menyertai jemputan aktiviti mari mencuba sukan ‘Indoor Rock Climbing’ anjuran Persatuan Mendaki Negeri Sarawak yang telah diadakan di Klimbzone Indoor Rock Climbing Gym, Kuching.
Presiden Persatuan Mendaki Negeri Sarawak, Encik Dennis Tan dalam taklimat ringkas beliau memaklumkan bahawa sukan ini bukan sahaja sukan baru yang telah diiktiraf dan dipertandingkan di sukan Olimpik tetapi memberi manfaat dari aspek kesihatan fizikal seseorang individu.
Bantuan dan bimbingan daripada atlit mendaki / ahli persatuan membolehkan kesemua peserta pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak mencuba dan merasai sendiri cabaran mendaki tembok tiruan melalui 2 kategori iaitu ‘Top Rope dan Boulder Climb’.
Untuk rekod persatuan ini telah menghantar penyertaan Pertandingan Sukan Mendaki Kebangsaan 2022 dan telah berjaya mendapat tempat Ke-2 Kategori Bouldering Wanita dan tempat Ke-4 Kategori lelaki (Umur 14-17 Tahun), tahniah diucapkan.
- JBS Sarawak
- Hits: 136
