Disediakan oleh:Diana Nuff Abdel Aziz, JBSN Sarawak
BINTULU, 18 MEI 2023 - Sempena Sambutan Sarawak Merdeka 60 Tahun, Pejabat Residen Bahagian Bintulu melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Pelancongan Bahagian (DTTG) Bintulu dengan kerjasama Xiphos Esports Club akan menganjurkan Bintulu Esports Championship 2023 X Culture pada 25 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023 di Boulevard Shopping Mall,Bintulu.
Mesyuarat penyelarasan tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Abang Zainudin Bin Haji Abang Turkey, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, turut dihadiri wakil pejabat Encik Kigen Anak Satong , Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu Selasa lepas.
Antara agenda mesyuarat memberikan taklimat Program Bintulu Esports Championship 2023 X Culture serta agihan tugas agensi. Dalam mesyuarat tersebut juga telah dimaklumkan bahawa nilai jumlah hadiah keseluruhan bagi pertandingan Bintulu Esports Championship X Culture bernilai RM70,000. Justeru itu, pihak pejabat menyeru kepada pemain-pemain esports diluar sana khususnya di Bintulu tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pertandingan ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 156
