Disediakan oleh: Mohd hafizul Helmi, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 11 JUN 2023 – Semalam telah diadakan satu sesi perbincangan melibatkan jawatankuasa teknikal pertandingan Dart Double Limbang bertempat di Lot 1480 Taman Damai Limbang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Hazranizal Bin Muit, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Taman Damai, Limbang.
Encik Mohd. Hafizul Helmi Bin Md Zain, Pegawai dari Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah hadir ke perbincangan tersebut. Antara agenda utama yang dibincangkan semalam adalah tentang pelaksanaan bagi pertandingan tersebut dan juga sumbangan idea penambahbaikan sebelum, semasa dan selepas program.
Pertandingan Dart Double limbang ini merupakan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang serta Kelab Sukan Rekreasi Taman Damai.
Disediakan Oleh : Melvin Chambai Gurang - JBSN Sarawak
SIBU, 14 Jun 2023 - Penyerahan Sijil Pendaftaran Kelab kepada Kelab Belia Pasai Siong, Sibu telah disampaikan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia & Sukan Bahagian Sibu. Sijil telah diserahkan kepada Encik Augustine Ngalih Anak Lawrence,selaku Pengerusi kelab.
Pihak pejabat berharap agar kelab ini akan sentiasa bergerak aktif dalam melaksanakan program-program pada masa akan datang dan menjadi pemangkin untuk kelab lain utuk mendaftar dan bergerak aktif . Tahniah diucapkan kepada semua ahli yg bergabung dan bekerjasama.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak yang sentiasa membantu dan melancarkan penubuhan Kelab Belia khususnya di Sibu ini .
MUKAH, 13 JUN 2023 – Satu sesi perbincangan berkenaan pelaksanaan Program Skill For Life di Mukah telah diadakan pada 13 Jun 2023 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Sesi perbincangan telah dikendalikan Encik Freddie Sagieng, Cawangan Pengurusan Kawalan Kualiti dari Institut Kemahiran Belia Negara Miri (IKBN). Turut hadir Encik Shahriman Bin Basir, Cawangan Bina Insan IKBN Miri, Encik Muhamad Akram Bin Mazalan, Jabatan Automotif Bahagian Penyelenggaraan Kenderaan IKBN Miri. Turut hadir dan terlibat secara langsung dalam program Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama pegawai yang lain dari pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Sesi perbincangan tersebut telah dihadiri agensi yang di bahagian Mukah yang turut terlibat antaranya Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dan telah dihadiri Encik Awang Yusri Bin Awang Adeni, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Selain itu, pihak Pejabat Perkeso Cawangan Mukah akan terlibat sama dalam menjayakan program dan telah dihadiri Encik Mohamad Yazid Bin Mohamad Hepni, Pengurus Pejabat Perkeso Cawangan Mukah dan Cik Azia Lydia Binti Abdul Gapar, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan di Pejabat Perkeso Mukah.
Program yang diadakan pada 1 Julai 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya pembuatan bun burger terbuka kepada belia berumur 15-25 tahun dan komuniti stempat, khidmat masyarakat bersama pelajar ARPRM, temuduga pekerjaan dan Program My Feature Jobs dari Pejabat Perkeso Cawangan Mukah. Selain itu, turut diselitkan taklimat Rakan Muda kepada para belia berumur 15-25 tahun, aktiviti kecergasan juga tidak ketinggalan dan pelbagai lagi aktiviti lain. Warga Mukah terutamanya golongan belia serta komuniti stempat dijemput hadir untuk sama-sama mengambil peluang dan manfaat daripada program tersebut.
MIRI, 12 JUN 2023 – Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak telah menganjurkan Program Xtive yang bertempat di Stadium Bandaraya Miri pada 10-11 Jun 2023 lepas bersempena dengan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Program ini telah melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan salah satu nya ialah Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri. PBSB Miri terlibat bagi menganjurkan aktiviti senamrobik dan ia terbuka percuma kepada orang ramai. Bagi menjayakan lagi senamrobik tersebut pihak pejabat telah menjalinkan kerjasama bersama dengan Evolution Fitness Miri dan Kelab Sukan Rekreasi Energeric.
Senamrobik Mega tersebut berlangsung setelah Program Xtive dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Kemeriahan senamrobik tersebut telah disertai oleh pelbagai bilangan masyarakat, pertubuhan, dan agensi. Antara peserta yang turut serta ialah Miri Port, Saberkas Cawangan Piasau, Pustaka Robik, dan juga pelajar sekolah. Peserta juga disajikan dengan hadiah berupa wang tunai mengikut kategori yang dipertandingkan dan juga cabutan bertuah. Tahniah kepada pemenang hadiah tersebut dan juga jutaan terima kasih atas penyertaan kepada semua peserta.
KUCHING, 07 JUN 2023 – Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia hadir ke Majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. Majlis ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan jalinan kerjasama tiga komuniti Dayak di Negeri Sarawak.
Perayaan Gawai Dayak pada tahun ini bertemakan “Segulai Sejalai” yang membawa maksud “Seiring Sejalan” diadakan sempena Perayaan Gawai Dayak yang menjadi tanda kesyukuran di atas segala rezeki atau keberhasilan yang diperolehi sepanjang tahun selain merupakan masa untuk memohon keberkatan. Cogan kata ini telah di angkat sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh Negara dan ia juga bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di Negara ini. Majlis dirasmikan dengan simbolik “Ngirup Ai Pengayu” (Gawai Toast) atau mengangkat gelas oleh Tetamu Kehormat.
Majlis dihadiri oleh Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud, TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Openg, Premier Negeri Sarawak. Turut hadir, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Disediakan oleh : Jamaika binti Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 7 JUN 2023 - Satu mesyuarat telah diadakan bersama Pejabat Pendidikan Sarikei yang dipengerusikan oleh Encik Omar bin Hj Mahlil, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei berbincang mengenai pelaksanaan program tersebut yang diadakan pada 17-19 Jun 2023 yang bakal dihadiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg, Premier Sarawak.
PBSB Sarikei akan memberi kerjasama dari segi bimbingan dan bantuan kepada jawatankuasa PPD Sarikei untuk mengelola Program Riadah (Berbasikal dan Senamrobik) pada 18 Jun 2023.
Semoga kerjasama ini dapat menjayakan majlis dengan lancar.
Disediakan oleh : Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman JBSN Sarawak
Satu mesyuarat penyelarasan gerak kerja bagi program Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan pada 7 Jun 2023 bertempat di Pejabat Residen Bahagian Sibu.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Residen Sibu, Encik Wong Hee Sieng dan disertai oleh jabatan dan agensi yang terlibat membincangkan perihal-perihal berkaitan susun atur perjalanan konvoi dan program-program yang telah dirangka bagi memastikan kesemuanya akan berjalan dengan lancar pada hari kejadian yang akan diadakan pada 17 dan 18 Jun 2023 bertempat di Stadium Tertutup Sibu.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dipertanggungjawabkan untuk mengelola Program Sarawak Day Fitness Fiesta (Senamrobik), Rakyat Sihat Sarawakku Makmur Ride (Fun Ride) dan Seni Mempertahankan Diri (Taekwondo). Ketiga-tiga program ini akan diadakan pada 17 Jun 2023 nanti.
Disediakan oleh: Sharifah Zainab Wan Yahya, JBSN Sarawak
KUCHING, 31 MEI 2023 – Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching tidak ketinggalan meraikan Cik Margaret Sawing, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching dan memberi hadiah sebagai tanda ucapan Selamat Hari Gawai.
Hari Gawai yang jatuh pada 1 dan 2 Jun setiap tahun disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia merupakan majlis keagamaan dan sosial yang menandakan berakhirnya musim menuai, dan merupakan perayaan yang dipenuhi nyanyian serta tarian sebelum memulakan musim pertanian baru.
Sambutan Gawai merupakan salah satu dari perayaan utama yang disambut kaum Dayak. Bagi kaum Dayak Kristian, mereka akan ke gereja untuk berkumpul bersama sanak saudara. Selepas itu mereka makan malam bersama dan berpesta serta diiringi nyanyian, tarian dan minuman. Bagi sebahagian yang bekerja di bandar, mereka pulang ke kampung untuk merayakannya bersama keluarga tersayang.
BINTULU, 31 MEI 2023 – Mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian Bintulu (GPB) Bil 1/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat BSC, Pejabat Residen Bintulu Kelmarin. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Nyurak Keti, Residen Bintulu dan turut hadir wakil pejabat Puan Diana, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
Antara agenda mesyuarat ialah ucapan aluan pengerusi bersama GPB, pengesahan minit mesyuarat bil.1/2022, pelantikan AJK GPB Bintulu, pelaksanaan program dan laporan kewangan tahun 2022 serta perancangan program kepenggunaan bagi tahun 2023.
Dengan adanya mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian (GPB) Bintulu, sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang hak sebagai pengguna serta mencegah penipuan dan pencatuan harga yang sering dilakukan oleh segelintir peniaga di luar sana.