Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim- JBSN Sarawak
SIBU, 23 Jun 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan satu perbincangan bersama dengan pihak pengurusan Wisma Sanyan, Sibu berkaitan Program Jelajah Genta Belia Peringkat Bahagian Sibu yang dijadualkan akan diadakan pada awal Ogos 2023.
Antara objektif program ini ialah menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha mengurangkan kos sara hidup dan kemajuan serta kesejahteraan sosioekonomi khususnya belia di Sibu ini.
Lawatan tapak juga diadakan bagi memastikan bahawa program yang dilaksanakan mencapai matlamat dan memberi impak yang maksimum kepada pengunjung, peserta dan juga orang ramai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
+3
- JBS Sarawak
- Hits: 134
