Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 JUN 2023 – Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Belia Santai New Township telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 27 Jun 2023 telah membuka satu lagi ruang dan peluang kepada para belia bergiat aktif dalam aktiviti belia di Mukah. Kunjungan mereka telah diketuai oleh Encik Mohammad Khairul Ikhwan Bin Mohammad, Encik Abang Abu Bakar Bin Abang Mantali dan Encik Mohamad Safiq Bin Mohamad Nuruddin.
Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab, Pegawai Pembangunan Belia Mukah telah menyantuni kunjungan mereka ke pejabat .Beliau telah berkongsi nasihat serta panduan dalam mendaftar dan menguruskan kelab yang bakal diwujudkan kelak. Selain itu, diharapkan kelab belia yang bakal wujud ini akan menjadi contoh kepada para belia yang lain untuk mendaftar kelab belia bagi menggerak aktif aktiviti belia di Mukah secara bersama-sama.
- JBS Sarawak
- Hits: 178
