Disediakan oleh: Sharifah Zainab Wan Yahya, JBSN Sarawak
KUCHING, 10 APRIL 2023 – Mohamad Arif Zulhilmi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah turut serta sebagai sukarelawan dalam menjayakan Program Agihan Bubur Masja-SA 2023M/1444H pada 8 April 2023 bertempat di Masjid Jamek, Kuching.
Program Agihan Bubur Masja-Sa bagi tahun 2023 tersebut adalah anjuran pihak Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).
Jabatan Pengurusan Masjid-Masjid telah bersama-sama dalam proses pembungkusan mulai jam 1.00 petang serta pengagihan kepada orang awam pada jam 4.30 petang.
MIRI, 6 APRIL 2023 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford dan Puan Magdline Eddie Saga dari Unit Pembangunan Belia telah menghadiri mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Subis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Subis, semalam.
Objektif penubuhan jawatankuasa tersebut yang dikendalikan oleh AADK ialah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu penagih atau bekas penagih kekal pulih dan mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat melalui usaha - usaha yang berbentuk “Supplement and Complement” kepada pelbagai program atau aktiviti pemulihan penagih. Selain merancang, menyelaras dan melaksanakan program kepada klien, Jawatankuasa itu juga membantu AADK dan PDRM dalam mengawasi, menyelia dan memberi bimbingan kepada klien yang menjalani perintah pemulihan dalam komuniti.
Jawatankuasa yang dibentuk terdiri daripada 25 orang ahli itu, dianggotai oleh agensi kerajaan, KMKK dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri. Dalam mesyuarat itu, Penghulu Pui Kuan Phen telah diberi mandat menjadi pengerusi dan sebanyak lima Biro telah dibentuk. Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Dr. James anak Jolly (Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis dan wakil PEMADAM Daerah Subis), Puan Rosmah Nasir (Ketua Daerah AADK Daerah Miri) dan Tuan Hj Yusree B Hj Zainuzzaman (Pengerusi JKPD Daerah Miri).
BINTULU, 06 APRIL 2023 – Satu program Kejohanan Lumba Basikal Samalaju Criterium Siri 1/2023 yang akan diadakan oleh Kelab Berbasikal Tugau Bintulu pada 24 Jun 2023. Hadir ke pejabat Encik Abdul Rani, Presiden Kelab Berbasikal Tugau menemui Encik Hailey Robson, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu (Seksyen Sukan) untuk mendapatkan sokongan bagi penganjuran kejohanan tersebut bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu Pagi ini.
Pelbagai kategori yang akan diadakan dalam kejohanan tersebut. Pada masa yang sama penganjuran ini turut mendedahkan perlumbaan sebenar kepada peminat sukan berbasikal terutamanya kepda golongan belia bagi tujuan pendedahan, kemahiran dan strategi dalam perlumbahan serta mencungkil bakat belia yang berminat untuk sukan SUKMA 2024.
Pihak pejabat berbesar hati memberikan kerjasama dan menyokong program kejohanan seperti ini dan berharap kejohanan ini dapat diadakan dengan jayanya.
BINTULU , 06 APRIL 2023 – Tahniah diucapkan kepada Puan Diana Nuff Binti Abdel Aziz, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu di atas pencapaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan Mac 2023 yang telah diwakili oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu di Auditorium,Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak Kelmarin.
Diharap dengan pencapaian ini, dapat dijadikan sebagai motivasi dan terus cemerlang di masa akan datang.
Disediakan oleh : Diana Nuff Abdel Aziz, JBSN Sarawak
BINTULU,06 APRIL 2023 – Satu Kursus Profesionalisme Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) Negeri Sarawak telah dihadiri oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Bilik Kuliah,Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada 02-04 April 2023 bersamaan hari ahad sehingga selasa lalu.
Dengan adanya kursus ini, pihak pejabat akan mengaplikasikan serta memastikan segala kerahsiaan dan keselamatan pejabat sentiasa dalam keadaan yang selamat.
BINTULU, 06 APRIL 2023 – Satu jemputan ke Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Bintulu Bil.1/2023 telah dipengerusikan oleh Tuan Abang Zainudin Bin Haji Abang Turkey, Timbalan Residen Bahagian Bintulu turut dihadiri wakil pejabat Puan Diana Nuff, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu kelmarin.
Antara agenda mesyuarat ialah membuat pengesahan minit mesyuarat Bil 2/2022, membincangkan perkara-perkara berbangkit serta mendengar taklimat dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bintulu sekaligus membentangkan laporan-laporan Januari hingga Mac tahun 2023 yang turut diikuti daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, pembentangan daripada PEMADAM dan OSC (One Stop Committee).
Secara keseluruhannya, kadar penagih di Bintulu kini mengalami peningkatan yang drastik. Pihak pejabat menyeru kepada masyarakat di luar sana khususnya di Bintulu untuk bersama-sama membantu dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia kini agar belia terhindar daripada musuh utama negara iaitu dadah.
MIRI, 6 APRIL 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan dari YB Chiew Choon Man yang merupakan ahli parlimen P.219 Miri. Tujuan kunjungan beliau ke pejabat ialah untuk menyerahkan bubur lambuk kepada setiap kakitangan.
Seperti yang umum tahu, bubur lambuk ini sendiri sangat sinonim dengan bulan Ramadhan. PBSB Miri mengucapkan terima kasih kepada YB Chiew Choon Man kerana sudi menyantuni kakitangan di pejabat untuk menyerahkan bubur tersebut.
LIMBANG, 6 APRIL 2023 – Semalam telah diadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Bahagian Limbang Bil.1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Pejabat Residen Bahagian Limbang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Cik Cherylynna Leeza Anak Roland, mewakili Residen Bahagian Limbang.
Hadir mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) adalah Encik Zaini Bin Abd Talib. Antara agenda yang dibentang dalam mesyuarat tersebut adalah Pembentangan Kertas Pertimbangan Program oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Limbang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM Daerah Limbang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM Daerah Lawas, Pejabat Pendidikan Daerah Limbang serta Pejabat pendidikan Daerah Lawas.
Di akhir mesyuarat, pengerusi mengalu-alukan agar semua agensi dapat berganding bahu dan berkolaborasi untuk melaksanakan program dan aktiviti bagi membanteras gejala dadah khususnya di Bahagian Limbang.
LIMBANG, 6 APRIL 2023 – Semalam telah diadakan satu sesi perbincangan melibatkan jawatankuasa teknikal Malaysia-Brunei Friendship Bridge Fun Run bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Imigresen Bahagian Limbang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Hafizun Kintai, Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Limbang.
Encik Zaini Bin Abd Talib dan Encik Mohd. Hafizul Helmi Bin Md Zain, Pegawai dari Unit Pembangunan Sukan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah hadir ke perbincangan tersebut. Antara agenda utama yang dibincangkan semalam adalah tentang penilaian serta pemilihan baju dan medal bagi acara tersebut.
Acara Malaysia-Brunei Friendship Bridge Fun Run ini merupakan kerjasama antara Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Limbang dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang serta Kelab Sukan Rekreasi KESRIL.