Disediakan oleh : Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 20 JULAI 2023 – Pengerusi cawangan belia Federation of Registered Chinese Association, Bintulu (FORCA), Encik Tie Tong Hee telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada 14 Julai yang lalu bagi memaklumkan penganjuran program Maju Sarawak Run yang akan didakan pada 14 Oktober 2023 kelak. Program ini bakal menjadi salah satu pengisian aktiviti bagi Program Hari Sukan Negara yang akan datang.

Selain daripada itu, beliau juga menyatakan hasrat mereka untuk menganjurkan program-program yang boleh melibatkan semua lapisan kaum yang ada di Bintulu selain daripada kaum cina. Pihak pejabat pula mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit penerangan berkenaan Dana Sukan Komuniti yang ditawarkan oleh pihak Kementerian kepada semua pertubuhan yang berdaftar.
- JBS Sarawak
- Hits: 214