Disediakan oleh : Mohd Johari Abdullah, JBSN Sarawak
SARIKEI, 25 JULAI 2023 - Jelajah Genta Belia 2023 Peringkat Bahagian Sarikei akan diadakan pada 5 Ogos 2023 bertempat di Tapak Niaga Downtown Taman Selera, Seberang Sarikei dan Dewan Serbaguna Kampung Seberang.
Jelajah Genta Belia tahun 2023 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara merupakan antara inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan bagi membantu golongan belia dengan memberi pendedahan berkaitan inisiatif-inisiatif pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Inisiatif baharu ini memfokuskan kepada belia terutamanya yang berada diluar bandar selaras dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan penyertaan belia di peringkat akar umbi.
Bersempena dengan penganjuran jelajah ini, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara Cikgu Haslie Umar, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Goyang Sarikei bersama dengan Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei berkaitan pelaksanaan Aerodance sebagai salah satu pengisian aktiviti jelajah tersebut. Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Haji Abdul Rani bin Jemi, Pegawai Pembangunan Sukan, PBS Bahagian Sarikei.
Disamping aktiviti aerodance, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti perkongsian ilmu, keusahawanan dan pertanian, servis motorsikal percuma oleh GiatMARA, Jualan Agro Madani oleh FAMA, jualan peniaga Downtown, Cabutan Bertuah, pertandingan mewarna KEMAS, pameran dan banyak lagi. Pejabat ini berharap orang ramai terutama golongan belia mengambil peluang untuk menyertai jelajah ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 181
