- JBS Sarawak
- Hits: 134
MESYUARAT BERSAMA PENGURUS PASUKAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI BAHAGIAN MIRI 2023
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 4 OGOS 2023 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Bola Jaring Subis telah mengadakan mesyuarat bersama pengurus pasukan bola jaring Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2022 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, semalam.
Sesi bermula dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan cabutan undi yang disampaikan oleh Puan Romina Ding selaku pegawai teknikal bagi acara bola jaring. Seramai 18 orang pengurus bola jaring dan pasukan teknikal telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan bola jaring Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Kelab Rekreasi Petroliam, Miri.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan medal, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM300 dan RM200 serta medal. Johan pertandingan bola jaring secara automatik akan mewakili Bahagian Miri ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak pada September 2023. PBSB Miri mengucapkan selamat maju jaya dan semoga semua pasukan bersaing secara sihat dan bertanding secara adil pada 5 Ogos 2023 nanti.
- JBS Sarawak
- Hits: 134
