Disediakan oleh : Lister, JBSN Sarawak
BINTULU, 11 OGOS 2023 – Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bagi membincangkan kerjasama bagi menjayakan program Festival Belia yang sedang dalam perancangan. Pihak kelab amat komited dalam merancang dan menjayakan program pembangunan belia terutama sekali di Bahagian Bintulu.
Pelbagai aktiviti telah diketengahkan yang mana turut melibatkan pelbagai agensi dan organisasi kerajaan mahupun bukan kerajaan. Program Festival Belia ini terinspirasi oleh program Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 yang mana telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama pihak kelab ini pada tahun lepas. Walaupun program Sambutan Hari Belia 2023 tidak lagi dilaksanakan di Bahagian Bintulu pada tahun ini, Kelab Belia Tanjung Kidurong telah mengambil inisiatif untuk meraikan para belia dengan menganjurkan program seperti ini khususnya kepada masyarakat setempat.
- JBS Sarawak
- Hits: 176
