- JBS Sarawak
- Hits: 179
SESI UJIAN PENERIMAAN (UAT) KEDUA PENGGUNA SISTEM TEMPAHAN FASILITI BELIA DAN SUKAN DI BAWAH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 OGOS 2023 – Sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) Kedua Sistem Tempahan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara telah diadakan pada 22 Ogos 2023 bertempat di Makmal ICT KBS, Aras 14 Menara KBS. Empat orang pegawai dari negeri Sarawak telah terlibat dalam bengkel tersebut masing-masing mewakili Kompleks Belia dan Sukan Sarawak dan Kompleks Sukan Komuniti Mukah. Bengkel tersebut bertujuan bagi menambah baik serta melakukan ujian pengguna terhadap Sistem Tempahan Fasiliti KBS secara atas talian yang telah dibangunkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Bahagian Pengurusan Maklumat.
Sistem tersebut dijangka akan digunakan pakai semua pengguna fasiliti di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di seluruh negara. Semua tempahan penggunaan fasiliti akan dibuat secara atas talian manakala pembayaran masih dibuat secara manual. Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah selaku pengurus Kompleks Sukan Komuniti Mukah bersama Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan telah menghadiri bengkel tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 179
