- JBS Sarawak
- Hits: 142
TAKLIMAT PENGURUS DAN CABUTAN UNDI PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW LSK 2023 PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT
Disediakan oleh: Martin Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 18 OGOS 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Sri Balleh (KESTARB) akan menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) 2023 Peringkat Bahagian Kapit pada 19 hingga 20 Ogos ini di Dewan Serbaguna Tun Jugah, SMK Selirik, Kapit. Sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka bagi merebut hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Johan akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM500, diikuti Naib Johan, RM300 dan Tempat Ke-3, RM200. Johan juga akan menerima sebuah piala kemenangan. Manakala semua pasukan yang memenang akan menerima medal dan sijil pencapaian
Justeru, semalam telah diadakan Taklimat Pengurus dan Cabutan Undi untuk pertandingan tersebut di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Kapit. Taklimat tersebut telah dihadiri pengurus, wakil, urusetia pertandingan serta barisan pengadil. Turut hadir semasa taklimat, Encik Martin Sherman Minggu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Encik Kelvin Matthew, Pengerusi KESTARB serta Encik Francis Jayil selaku Ketua Pengadil bagi pertandingan tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 142
