- JBS Sarawak
- Hits: 164
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN CABUT UNDI UNTUK SUKAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 2023
Disediakan oleh : Lister, JBSN Sarawak
BINTULU, 25 OGOS 2023 – Mesyuarat bersama pengurus pasukan dan cabut undi untuk sukan Futsal Liga Sukan Komuniti (LSK) Bahagian Bintulu 2023 telah diadakan pada 23 0gos lepas bertempat di OOHAA Bistro.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Hailey Anak Banyang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dari pegawai teknikal Futsal. Seramai 16 orang pengurus pasukan Futsal telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan yang akan diadakan di Kenyalang Futsal Exccellence Centre pada 26 Ogos 2023. PBSB Bintulu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding.
- JBS Sarawak
- Hits: 164
