- JBS Sarawak
- Hits: 183
KELAB BELIA BESTARI BANDAR MIRI MENERIMA SIJIL PENARAFAN BINTANG PERTUBUHAN BELIA
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 5 SEPTEMBER 2023 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri disaksikan oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford dari Unit Pembangunan Belia PBSB Miri telah menyampaikan sijil penarafan bintang pertubuhan belia kepada Encik Lim Wei Peng, Pengerusi Kelab Belia Bestari Bandar Miri, pagi tadi.
Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia merupakan satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran Dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Persatuan atau kelabyang berjaya mendapat bintang akan menerima sijil penghargaan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan sebagai dorongan dan sokongan untuk terus lebih bergiat aktif dalam melaksanakan program dan agenda pembangunan belia dan komuniti setempat.
Hasil penilaian oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kelab Belia Bestari Bandar Miri telah menerima 4 bintang bagi tahun 2022. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab Belia Bestari Bandar Miri dan semoga terus cemerlang dalam melaksanakan program untuk pembangunan belia akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 183
