Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 21 SEPTEMBER 2023 – Mesyuarat penyelarasan program 1000 Liga Peringkat Bahagian Bintulu 2023 telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 3, Blok 2, Wisma Persekutuan Bintulu. Mesyuarat yang berlangsung selama satu jam telah dipengerusikan oleh Encik Kigen Anak Satong Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
Antara agenda mesyuarat yang telah diketengahkan adalah penerangan Program 1000 Liga, penetapan tarikh pelaksanaan dan juga venue bagi acara sukan yang akan dipertandingkan. Bahagian Bintulu telah memilih empat (4) acara yang akan dipertandingkan pada edisi kali ini antaranya ialah Dart, Ping Pong, Memanah (Tradisional) dan Petanque.
Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat bergiat aktif dan cergas dengan menglibatkan diri dalam aktiviti sukan. Selain itu, program ini juga dapat dijadikan sebagai satu budaya gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
- JBS Sarawak
- Hits: 181
