Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 23 SEPTEMBER 2023 – Pertandingan Orang Kuat Simunjan 2023 Sempena Pesta Simunjan 2023 telah diadakan di Perkarangan Rumah Rehat Simunjan, Samarahan pada 23 September 2023 jam 8 pagi sehingga 5 petang dengan kerjasama Persatuan Orang Kuat Sarawak.
Pertandingan Orang Kuat Simunjan 2023 yang mempertandingkan Kategori terbuka di menangi oleh Encik Muhammad Nur Arif Bin Mohd Khalil, Naib Johan adalah Encik Faizal Omar Bin Mohammed dan Tempat ketiga adalah Encik Azwanizan Bin Samsuri. Johan memenangi wang tunai dan piala yang berjumlah RM 1000.00 berserta piala, Naib Johan RM700.00 berserta Piala dan tempat ketiga RM 500.00 berserta piala.
Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan turut hadir Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
- JBS Sarawak
- Hits: 186
