Disediakan Oleh: Nuff, JBSN SARAWAK
BINTULU, 09 OKTOBER 2023 – Perhimpunan bulanan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak bil 4/2023 menggunakan aplikasi secara alam maya menggunakan google meet dan secara fizikal di Auditorium, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, pada Khamis lepas.
Dalam perhimpunan tersebut, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan beberapa amanat dalam ucapan beliau. Antara amanat beliau, penjawat awan Sentiasa sedia untuk bertindak,menanamkan semangat Kerjasama dan bersatu hati dalam satu agensi, aspek ekonomi, serta sentiasa mempunyai sifat dan nilai, disiplin dalam pengurusan masa. Selain itu, penyampaian anugerah pekerja terbaik bulanan turut diberikan kepada mereka yang terpilih serta sambutan ulang tahun kelahiran bagi bulan Julai sehingga September.
Semoga dengan amanat yang disampaikan oleh pengarah JBSN Sarawak, kita amalkan dan jadikan sebagai batu loncatan dalam meningkatkan kualiti kerja dalam setiap agensi.
- JBS Sarawak
- Hits: 187
