Disediakan oleh: Olivia Kaminis, JBSN Sarawak
KAPIT, 13 MEI 2023 – Ambang Hari Belia Negara (HBN) Daerah Bukit Mabong telah dilaksanakan bertempat di Kapit Townsquare. Ambang HBN Daerah Bukit Mabong adalah program kerjasama dengan Kelab Belia Gagasan Pekan Song dan Persatuan Kapit Tari. Seramai 100 orang terlibat di dalam aktiviti latihan tarian yang dikendalikan oleh Encik Joannis Jantum dan Encik Sobrie Dempi. Antara peserta yang terlibat adalah pelajar daripada SMK Balleh, SMK Selirik dan SMK Kapit dan SMK Kapit 2. Sebelum latihan, taklimat ringkas diberikan kepada semua peserta agar menjaga keselamatan diri semasa latihan. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat menyumbangkan kepada pembangunan belia yang lebih positif, kreatif dan berwawasan.
- JBS Sarawak
- Hits: 109
