Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 23 OKTOBER 2023 – Kejohanan Badminton 1000 Liga Bahagian Mukah yang telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2023 di Stadium Tertutup MYSED, Mukah menarik minat penyertaan golongan wanita dalam sukan badminton. Penampilan 32 beregu lelaki dan 24 beregu wanita telah meriuhkan dewan tersebut. Penyertaan yang sangat memuaskan dan sokongan padu masyarakat setempat terutama di bahagian Mukah membuktikan bahawa sukan sangat diminati masyarakat dan merupakan elemen penting dalam menyatu padukan semua bangsa.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Titan Badminton Club selaku urusetia dan jawatankuasa teknikal telah disertai pemain dari Balingian, Oya, Dalat, Mukah, Igan, Bintulu, Matu dan Daro. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 116
