- JBS Sarawak
- Hits: 160
MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN TAEKWON-DO PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2023
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 12 OKTOBER 2023 – Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Taekwon-Do Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Mukah 2023 telah diadakan pada 9 Oktober 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Rosidi Bin Muhamad Nor, Pengarah Program Kejohanan Taekwondo 1000 Liga Bahagian Mukah dan turut dihadiri Encik Mohammad Arbi Bin Rosli mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah selaku pegawai penyelaras program.
Mesyuarat diadakan bagi mengetahui maklum balas setiap ahli jawatankuasa yang telah dilantik berkaitan persediaan bagi penganjuran kejohanan tersebut. Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak dalam merancang bagi menjayakan program yang akan berlangsung 14 Oktober 2023 di Dewan Serbaguna, Politeknik Mukah kelak. Di samping itu, pejabat berharap program ini mampu menjadi pencetus kepada pembangunan komuniti dalam sukan yang dipertandingkan bagi mengorak langkah yang lebih jauh kepada penggiat sukan tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 160
