Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 SEPTEMBER 2023 – Program Rakan Bumi: Plogging@Community Peringkat Bahagian Miri telah berlangsung pada 24 September 2023 (Ahad) yang lalu bertempat di Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri. Program plogging ini melibatkan kerjasama antara Kelab Belia Perkasa Taman Marina, Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) dan Kelab Laksa Runner.
Seramai 100 orang peserta telah menyertai yang terdiri daripada POKUFM, Kelab Belia Perkasa Taman Marina, Kolej Fajar Miri, Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu, dan orang awam. Kelab Laksa Runner bertanggungjawab sebagai teknikal yang menjaga laluan untuk peserta Plogging.
Majlis perasmian pada pagi itu dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Encik Abdul Aziz bin Brahim, Setiausaha POKUFM. Mewakili POKUFM, Encik Aziz menzahirkan rasa gembira kerana diberi kesempatan untuk menjadi rakan kerjasama menjayakan program plogging pada hari tersebut. Setelah itu, majlis diteruskan dengan perasmian oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.
Diharapkan setiap peserta mendapat manfaat dan objektif betapa pentingnya gaya hidup sihat dan menjaga kelestarian alam sekitar. Pihak pejabat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Rakan Bumi: Plogging@Community Peringkat Bahagian Miri.
- JBS Sarawak
- Hits: 211
