Disediakan oleh : MCG, PBSB SIBU
SIBU, 17 Jun 2023 : Fitness Fiesta telah berjaya menarik kunjungan lebih daripada 400 peserta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. Fitness Fiesta diadakan di Stadium Tertutup Sibu dah telah menampilkan jurutunjuk yang berkaliber daripada MEFA FIT SPORT EVENT MANAGEMENT. Fitness Fiesta ini diadakan bersempena sambutan Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka. Selain itu, Fitness Fiesta yang berlangsung selama 3 jam ini diadakan untuk memupuk gaya hidup sihat khususnya untuk komuniti Sibu. Pihak Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta dan pihak MEFA FIT SPORT EVENT MANAGEMENT bagi menjayakan Fitness Fiesta 2023 dan diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 162
