PERBINCANGAN RINGKAS SARAWAK X-TIVE FUN RUN 2023 BETONG
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 24 MEI 2023 - Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Betong, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong, Politeknik METrO Betong dan Kolej Komuniti Betong telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program Sarawak X-Tive Fun Run 2023 sebagai salah satu segmen aktiviti sukan dalam Sarawak X-Tive bersempena Majlis Sambutan Ulangtahun 60 tahun Sarawak Merdeka peringkat bahagian Betong. Oleh itu, bagi melancarkan pelaksanaan program itu nanti, satu sesi perbincangan ringkas program Sarawak X-Tive Fun Run 2023 Betong telah di adakan pada hari ini bertempat di Bilik Pejabat JPJ Betong, Wisma Persekutuan Betong. Perbincangan bagi tujuan penyelarasan program seperti keurusetiaan, jawatakuasa teknikal, laluan larian, penyertaan, hebahan, keselamatan serta perkara-perkara yang perlu sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program ini berlangsung bagi memastikan ia berjalan dengan lancar dan teratur. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Jeffery Alfrida, Ketua Cawangan JPJ Betong. Hadir sama pada sesi perbincangan ialah Encik Andrew Anak Douglas Gudam, Pengarah Kolej Komuniti Betong beserta pegawai, Cik Juliette Emah Anak Jali mewakili Politeknik METrO Betong, Puan Mordiah Binti Masunut dari JPJ Betong serta Cik Nurulzamzam Bt. Hj. Shafi'ie mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong.
- JBS Sarawak
- Hits: 157
