- JBS Sarawak
- Hits: 155
AMBANG HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH LIMBANG PERKUKUH HUBUNGAN BELIA SETEMPAT DAN AGENSI KERAJAAN
Disediakan oleh: Aimy Alisha Charlie, JBSN Sarawak
LIMBANG, 15 MEI 2023 - Sambutan Ambang Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Limbang telah diadakan pada 13 Mei 2023 bertempat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Hin, Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara dikalangan para belia setempat di samping menyediakan platform untuk memupuk kerjasama antara belia setempat dan juga pelbagai agensi kerajaan.
Antara aktiviti tumpuan bagi sambutan Ambang HBN Daerah Limbang adalah Sesi Senamrobik dan juga Pertandingan Bola Tampar. Kedua-dua acara ini menerapkan konsep Belia Bersama Agensi Kerajaan. Ini adalah bagi membuka ruang kepada para belia untuk berinteraksi dan mengenali para pegawai dan kakitangan dari pelbagai agensi yang hadir. Selain dari dapat beramah mesra, mereka juga dapat menggunakan sesi yang lebih santai ini untuk mendapatkan info khususnya tentang bantuan kewangan, kursus mahupun peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan belia.
Encik Rynnille Elsther Peter, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada para belia agar melibatkan diri. Di akhir acara, Encik Rynnille turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan menyampaikan sijil penghargaan kepada para urusetia yang telah membantu sepanjang program berlangsung. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh kerjasama di kalangan pelbagai pihak demi pembangunan belia khususnya di Daerah Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 155
